Thursday, 22 March 2012

KESAH MOHD RIDZUAN SEMASA MENGAMBIL PEPERIKSAAN SPM

Assalamualaikum ,

 Kerjayaan wan pada mulanya memang tidak dijangka , pada hari pertama peperiksaan SPM , subjek Bahasa Melayu , Kertas 1, yang merangkumi dua bahagian karangan , wan mendahulukan bahagian ke dua kerana bahagian tersebut mempunyai 360 patah perkataan mesti di selesaikan , wan pun mula lah membuatnya , masa yang diperuntukan untuk menjawab ialah 2 jam 15 minit , semasa wan memikirkan idea , tiba-tiba tangan wan menggigil , eh , wan pun pelik kenapa nie , wan pn heboh-heboh dok pikir kenapa ?? , masa pun pantas berlalu , dan wan cuba selesai kan bahagian yang kedua tersebut dengan tangan yang menggigil, setelah selesai bahagian dua tersebut mata wan terus menuju kearah jam , dan melihat sepuluh minit lagi untuk masa tamat , sedangkan bahagian pertama tidak dibuat langsung , aduh!! dalam hati wan , parah camnie, tak pernah jadi camni, tiba-tiba SPM boleh jadi camnie, wan pun redha jea la ,dan dengan tiba-tibanya wan memikirkan umi dan ayah , dan time uh wan rasa macam nak menangis , tapi apa kandaya, wan cuma mampu berdoa jea, dengan secepat mungkin wan buat jea la bahagian pertama uh , dan alhamdulillah berjaya wan siapkan dengan ayat lintang pukang maklumlah lagi sepuluh minit , masa yang dicadangkan untuk membuat soalan tersebut 45 minit , tu lah , wan nasihatkan kat sepupu-sepupu wan diwaktu SPM apa-apa  boleh berlaku tanpa di jangka ingatlah walau apa pun berlaku kita jangan menganggap itu satu kegagalan dan kesulitan untuk mendapat keputusan yang cemerlang, alhamdulillah keputusan Bahasa Melayu wan dapat B+ ,  wan memang tak jangka boleh dapat , sebab bahagian pertama wan uh karangan cincai jea .. wan target BM C jea .. di sini yang wan nk kongsi, wan selepas solat wan sentiasa berdoa YALLAH KAU LEMBUTKAN LAH HATI PEMERIKSA KERTAS KU YALLAH , KAU AMPUNKAN LAH DOSA NYA, KAU PEMUDAHKAN URUSAN NYE , insyaallah allah akan membantu hambanya yang meminta pertolongan dengan penuh keikhlasan .. ok la sampai disini je kesah pada hari pertama wan mengambil peperiksaan , kalau ada masa yang lapang wan cuba kongsikan macam mana wan bole dapat score A mathematics subjek yang kurang disukai oleh pelajar .