1.Majlis Perjumpaan Tahunan PKMY 2010 telah diadakan pada 30 Jan- 1 Feb 2010 di Rumah Penasihat Felda Bukit Rokan, Gemencheh, N.Sembilan. Semua Exco PKMY telah hadir ke Majlis tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Penasihat PKMY Hj Mohd Yusoh. Dalam amanatnya beliau mengesa supaya semua ahli bersatu teguh dengan meneladani kehidupan rasulullah s.a.w yang mementingkan ukhwah dan keimanan kepada Allah SWT. Program ini dibawah seliaan Pengerusi PKMY.
2.Program Bina Insan PKMY pada 1 Feb 2010 untuk anak-anak keluarga PKMY bertempat di Masjid Bukit Rokan N.Sembilan. Diuruskan oleh Biro Bina Insan PKMY Ust Zahari Mohd Yusoh. Perbagai acara telah diadakan termasuk latihan bersolat secara betul. Program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari anak anak PKMY. Berdasarkan sambutan yang diberikan IInsyaAllah akan diadakan program lanjutan untuk siri ke 2.
3.Majlis Penghargaan Pendidikan Anak PKMY Pada 2 Feb 2010 telah diadakan diruang anjung dapur Rumah Penasihat Felda Bukit Rokan, Gemencheh,N.Sembilan. Seramai 5 orang penerima telah menerima hadiah penghargaan berupa wang tunai RM30.00 – RM400.00. Diuruskan oleh Biro Pendidikan PKMY Puan Umikalsom bt. Hj. Mohd. Yusoh.
4.Majlis Hari Lahir Keluarga PKMY Pada 2 Feb 2010 telah diadakan diruang anjung dapur Rumah Penasihat Felda Bukit Rokan , Gemencheh, N. Sembilan. Sambutan Hari Lahir tersebut telah diraikan untuk ahli-ahli dan anak-anak PKMY yang lahir pada bulan Januari 2010 hingga Februari 2010. Diuruskan oleh Biro Kebajikan PKMY Encik Rosli b. Hj. Harun.
5.Majlis Perbarisan Tamat Latihan Polis pada 27 Mac 2010 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur telah berlansung dengan meriahnya. Ahli PKMY Mohd. Saifuldin b. Hj. Mohd. Yusoh adalah antara pelatih yang terlibat sama. Hampir 25 ahli PKMY telah hadir ke majlis tersebut termasuk Penasihat PKMY. Jutaan terima kasih diberikan kepada bonda yang bersusah payah menyediakan berbagai makanan kegemaran semua yang lazat dan cukup banyak. Tidak ketinggalan kepada Tuan Zafar yang menjadikan rumah beliau sebagai tempat singgahan semua ahli PKMY. Semuga Allah SWT murahkan rezeki…
6.Pada 12 Jun 2010 sempena cuti sekolah pertengahan tahun PKMY telah mengadakan aktiviti berkonvoi ke Johor Bahru menghadiri majlis pertunangan anak Makteh di Taman Rinting Pasir Gudang dan keesokkan harinya menghadiri majlis perkahwinan anak Ezani/Jamiah (anak maklong) di Taman Bukit Jaya Johor. Keluarga PKMY juga sempat singgah di Danga Bay untuk beriadah bersama keluarga sebelum pulang ke rumah masing-masing. Tahniah diucapkan kepada Ketua Biro Kebajikan yang telahj menyusun program dengan baik sekali.