السلام عليكم
Bertemu kita kembali bersama saya Mohd Ridzuan Bin Zubir untuk berkongsi bersama sepupu-sepupu wan yang masih belum mangambil peperiksaan SPM , ok !! kat sini wan nk kongsi cara wan meminati mathematics , wan tahu subjek nie memang pelajar sukar untuk memahami , ok .. wan nak kongsi kesah wan masa wan minat mathematics nie , pada mulanya, wan memang lemah mathematics dari tingkatan 1,2 dan 3 semasa wan ambil peperiksaan PMR wan dapat keputusan mathematics D , bayangkan bertapa lemahnya matematik wan, masa tu memang wan tak minat matematik , ok .. lepas PMR wan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Vokasional Juasseh di Negeri Sembilan , di situ wan ditempat di asrama putera , wan di masukan di kelas khusus Binaan Bangunan, ok ... sebelum wan masuk di Sekolah tu wan da niat nk belajar bersungguh-sungguh , masa tu wan tingkatan 4 , wan rasa macam lain je kat sekolah tu , wan pun belajar la macam biasa , ok , semasa subjek matematik wan dah bertekat nak duduk di hadapan sekali , wan tak nak jadi macam sekolah lama yang selalu duduk di belakang , ok .. cikgu pun mula start mengajar dengan hati yang ikhlasnya , di situ dapat
satu tip iaitu duduk la dihadapan sekali supaya mudah kita memahami apa yang cikgu mengajar selain itu mudah juga kita bertanya kan soalan , ok .. selepas itu , wan tidak putus-putus bertanyakan soalan kepada cikgu apa yang wan tak faham, ok .. disitu dapat
tip kedua kan , sentiasa bertanya kepada cikgu part-part yang kita tidak faham , kita jangan malu untuk bertanya , kerana ia akan di gelarkan BODOH SOMBONG, hehehe !! ok .. selepas itu , wan pun rasa macam suka sikit la dengan subjek nie , ok , lepastu wan pun balik ke asrama , semasa time prep iaitu time belajar , wan pun tiba-tiba rasa nak buka subjek matematik , wan pun tengoklah part-part yang cikgu ajar time sekolah tadi , wan pun rasa cam nak buat la soalan yang seterusnya , pastu wan tak dapat , ok find , wan terus tutup buku matematik tu , wan rasa pening sangat , dalam hati wan , aduh!! macam mana la aku nak pandai matematik , buat sikit dah pening , tak pelah, wan pun wat macam biasa je la , Seminggu lepas itu , ujian 1 pertama akan bermula , bayangkan wan baru masuk seminggu , yela , wan masuk pun panggilan ketiga so lambat la sikit , ok .. tak pelah nak buat macam mana kan , wan kena jugak tempuhi ujian uh , ok , subjek yang wan paling takut ialah matematik dengan bahasa inggeris , itu la subjek yang wan paling lemah gila , ok ,kat sini kita kusus kan subjek matematik ia.. lepastu wan pun ulangkaji la matematik , aduhai !! memang peningla wan cakap , first-first kita nak menjiwai subjek matematik nie , ok , tak mengapa , ujian matematik pun sudah bermula , wan pun buat la je la apa yang wan faham , alhamdulillah , wan dapat buat semua , ok.. lepastu wan rasa macam tak caya yang wan boleh buat semua , sedangkan masa wan PMR banyak wan tak buat , kiranya banyak la penigkatan disitu , selepas habis semua ujian , selang seminggu dapat la keputusan, hari pertama kelas wan dapat kertas ujian matematik dulu , yallah hati rasa bedebar jea , dalam hati "berapalah markah aku tu" , ok , tiba-tiba nama wan yang di panggil dulu oleh cikgu , eh , pelik , ok tak pe, wan pergi terus ambil kertas ujian wan uh , cikgu terus cakap tahniah markah awak paling tinggi dalam kelas ni , eh .. wan pun terperanjatlah , biar betul , wan tengok markah , wah 59 ,eh tapi kira teruk jugak la kelas wan uh , pada saat uh wan pun sudah mula suka matematik, sebab tak sangka boleh dapat markah tertinggi dalam kelas , wan teruskan belajar lagi , dalam kelas wan duduk dengan tenang dan dengar dengan fokus apa yang cikgu ajar, apa langkah-langkah yang cikgu bagi tu , catat dalam buku nota, ok , di situ dapat juga tip yang ke tiga dan ke empat ,
ke-3nya, DENGAR DENGAN FOKUS APA YANG CIKGU AJAR , dan ke-4, CATAT LANGKAH-LANGKAH APA YANG CIKGU AJAR DI DALAM BUKU NOTA, ia amat penting apabila , kita terlupa selepas cikgu mengajar , jadi kita boleh tengok balik apa yang kita catat dalam nota kita, so dekat situ wan rasa macam hampir menjiwai matematik , seterusnya , wan selalu membuat latihan matematik , dengan langkah yang wan catat dalam nota , ok .. lepas tu peperiksaan petengahan tahun akan bermula , subjek matematik wan masih belum dikatakan mahir lagi la , sikit-sikit bolehlah , tak delah sampai tak tahu langsung , pastu wan pun jawab lah kertas subjek matematik tersebut, .. alhamdullillah wan dapat jawab hampir semua , tak dapat jugak wan jawab semua sebab ada lagi bahagian-bahagian yang wan tak tahu lagi. Selepas itu , alhamdulillah , dengan kuasa allah , wan dapat lagi markah tertinggi dalam kelas, tapi tak mencapai kategori A la , setakat C je, memang tak tahu nak cakap apa ah , saat tu wan memang suka yang teramat la kat subjek matematik , ok , pastu wan pun cuba rapat dengan cikgu matematik wan, wan sentiasa ambil hati dia, tegur dia , dan sentiasa dengar cakap dia , lepas tu , cikgu matematik tu pun sudah mengenali wan , ok , lepastu wan pun rasa seronok , time belajar tu rasa dada lapang jea , ok , kat sini dapat tip yang ke
-5 , CUBA RAPAT DENGAN CIKGU MATEMATIK DENGAN MENGAMBIL HATI DIA, TEGUR DIA , DAN SENTIASA DENGAR CAKAP DIA , insyallah , dengan berkat keredhaan cikgu kita, kita akan senang dan mudah mendapat ilmu yang dia ajar , pada masa yang sama kawan-kawan wan pun gelar wan murid paling pandai matematik dalam kelas, aduhai , tak sangka betul , wan pun ulangkaji matematik dengan bersungguh-sungguh , sehingga tamat tingkatan 4, wan dapat pegang carta pertama dalam kelas paling tinggi matematik , bersyukur sangat , ok , masuk wan tingkatan lima , wan rasa masih banyak lagi wan kena belajar , wan pun belilah buku latihan matematik sebanyak-banyak nya , wan buat satu persatu buku-buku latihan tu , ok kat sini dapat kita tip yang ke-
6 , BANYAKAN MEMBUAT LATIHAN PADA SUBJEK MATEMATIK KERANA MATEMATIK MERUPAKAN SUBJEK YANG MEMERLUKAN LATIHAN YANG BANYAK KERANA UNTUK MEMBIASAKAN KITA DENGAN SOALAN YANG TIDAK PERNAH KITA JUMPA, ok ... lepastu wan pun makin lama , makin maju la konon dengan subjek matematik , sampai wan dapat mengajar kawan-kawan wan , sehingga dapat membantu cikgu mengajar, ia la kan cikgu sorang jea , wan pun turut membantu , dalam hati wan rasa macam tak percaya sebab wan boleh mengajar kawan-kawan wan , sedangkan dulu wan tak pandai langsung matematik, seterusnya peperiksaan percubaan pertama telah bermula , wan dengan hati yang berkobar-kobar membuat soalan tersebut , alhamdulillah , semua soalan wan dapat selesaikan , ok ,, tanpa dijangka wan memperolehi keputusan dalam subjek matematik -A , wan memang bersyukur sangat-sangat , ok , tip yang
terakhir kita mestilah sentiasa berdoa kepada allah supaya dada kita lapang untuk menerima segala ilmu yang di berikan oleh cikgu , dan sentiasa membantu kita dalam apa juang perkara , seterusnya , SPM peperiksaan yang paling penting telah bermula , pada saat tu wan memang sentiasa fikirkan umi dan ayah ,dan time uh wan berdoa supaya wan dapat jawab dengan selamat , wan cuba menjawab subjek matematik tersebut dengan tenang , alhamdulillah wan dapat keputusan A dalam subjek matematik , tapi wan sedih sangat sebab wan tak dapat nak tunjuk kan keputusan wan dekat cikgu matematik wan kerana cikgu tersebut telah pindah ke sekolah lain,
cikgu tu memang banyak mengajar wan , menasihati wan, apa jua perkara, cikgu tu lah yang paling rapat di sekolah , wan tak akan lupa jasa-jasa dia dekat wan .... ingatlah sepupu-sepupu wan , cikgu adalah ibu bapa kita yang kedua , jika kita tidak mendangar cakap cikgu sama la kita tidak dengar cakap ibu bapa kita .. itu je la , yang wan dapat kongsi bersama sepupu-sepupu wan , cuba lah tip-tip yang wan bagi uh , kalau boleh amalkan pada semua subjek , insyaallah , anda semua akan menjadi pelajar cemerlang pada sesuatu hati nanti. AMIN!!