Thursday, 29 March 2012

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA AKAK QILA DAN ADIK LUQMAN

SELAMAT HARI LAHIR
SITI NUR AQILAH  12 MAC 2012
MUHD LUQMAN HAKIM 23 MAC 2012
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI, PANJANG UMUR DAN BERJAYA DAIAM KEHIDUPAN.
DARI  SITI NUR AQIDAH

Monday, 26 March 2012

CARA WAN MEMINATI MATHEMATICS

                               السلام عليكم

   Bertemu kita kembali bersama saya Mohd Ridzuan Bin Zubir untuk berkongsi bersama sepupu-sepupu wan yang masih belum mangambil peperiksaan SPM , ok !! kat sini wan nk kongsi cara wan meminati mathematics , wan tahu subjek nie memang pelajar sukar untuk memahami , ok .. wan nak kongsi kesah wan masa wan minat mathematics nie , pada mulanya, wan memang lemah mathematics dari tingkatan 1,2 dan 3 semasa wan ambil peperiksaan PMR wan dapat keputusan mathematics D , bayangkan bertapa lemahnya matematik wan, masa tu memang wan tak minat matematik , ok .. lepas PMR wan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Vokasional Juasseh  di Negeri Sembilan , di situ wan ditempat di asrama putera , wan di masukan di kelas khusus Binaan Bangunan, ok ... sebelum wan masuk di Sekolah tu wan da niat nk belajar bersungguh-sungguh , masa tu wan tingkatan 4 , wan rasa macam lain je kat sekolah tu , wan pun belajar la macam biasa , ok , semasa subjek matematik wan dah bertekat nak duduk di hadapan sekali , wan tak nak jadi macam sekolah lama yang selalu duduk di belakang , ok .. cikgu pun mula start mengajar dengan hati yang ikhlasnya , di situ dapat satu tip iaitu duduk la dihadapan sekali supaya mudah kita memahami apa yang cikgu mengajar selain itu mudah juga kita bertanya kan soalan , ok .. selepas itu , wan tidak putus-putus bertanyakan soalan kepada cikgu apa yang wan tak faham, ok .. disitu dapat tip kedua kan , sentiasa bertanya kepada cikgu part-part yang kita tidak faham , kita jangan malu untuk bertanya , kerana ia akan di gelarkan BODOH SOMBONG, hehehe !! ok .. selepas itu , wan pun rasa macam suka sikit la dengan subjek nie , ok , lepastu wan pun balik ke asrama , semasa time prep iaitu time belajar , wan pun tiba-tiba rasa nak buka subjek matematik , wan pun tengoklah part-part yang cikgu ajar time sekolah tadi , wan pun rasa cam nak buat la soalan yang seterusnya , pastu wan tak dapat , ok find , wan terus tutup buku matematik tu , wan rasa pening sangat , dalam hati wan , aduh!! macam mana la aku nak pandai matematik , buat sikit dah pening , tak pelah,  wan pun wat macam biasa je la , Seminggu lepas itu , ujian 1 pertama akan bermula , bayangkan wan baru masuk seminggu , yela , wan masuk pun panggilan ketiga so lambat la sikit , ok .. tak pelah nak buat macam mana kan , wan kena jugak tempuhi ujian uh , ok , subjek yang wan paling takut ialah matematik dengan bahasa inggeris , itu la subjek yang wan paling lemah gila , ok ,kat sini kita kusus kan subjek matematik ia.. lepastu wan pun ulangkaji la matematik , aduhai !! memang peningla wan cakap , first-first kita nak menjiwai subjek matematik nie , ok , tak mengapa , ujian matematik pun sudah bermula , wan pun buat la je la apa yang wan faham , alhamdulillah , wan dapat buat semua , ok.. lepastu wan rasa macam tak caya yang wan boleh buat semua , sedangkan masa wan PMR banyak wan tak buat , kiranya banyak la penigkatan disitu , selepas habis semua ujian , selang seminggu dapat la keputusan,  hari pertama kelas wan dapat kertas ujian matematik dulu , yallah hati rasa bedebar jea , dalam hati "berapalah markah aku tu" , ok , tiba-tiba nama wan yang di panggil dulu oleh cikgu , eh , pelik , ok tak pe, wan pergi terus ambil kertas ujian wan uh , cikgu terus cakap tahniah markah awak paling tinggi dalam kelas ni , eh .. wan pun terperanjatlah , biar betul , wan tengok markah , wah 59 ,eh tapi kira teruk jugak la kelas wan uh , pada saat uh wan pun sudah mula suka matematik, sebab tak sangka boleh dapat markah tertinggi dalam kelas , wan teruskan belajar lagi , dalam kelas wan duduk dengan tenang dan dengar dengan fokus apa yang cikgu ajar, apa langkah-langkah yang cikgu bagi tu , catat dalam buku nota, ok , di situ dapat juga tip yang ke tiga dan ke empat , ke-3nya, DENGAR DENGAN FOKUS APA YANG CIKGU AJAR , dan  ke-4, CATAT LANGKAH-LANGKAH APA YANG CIKGU AJAR DI DALAM BUKU NOTA, ia amat penting apabila , kita terlupa selepas cikgu mengajar , jadi kita boleh tengok balik apa yang kita catat dalam nota kita, so dekat situ wan rasa macam hampir menjiwai matematik , seterusnya , wan selalu membuat latihan matematik , dengan langkah yang wan catat dalam nota , ok .. lepas tu peperiksaan petengahan tahun akan bermula , subjek matematik wan masih belum dikatakan mahir lagi la , sikit-sikit bolehlah , tak delah sampai tak tahu langsung , pastu wan pun jawab lah kertas subjek matematik tersebut, .. alhamdullillah wan dapat jawab hampir semua , tak dapat jugak wan jawab semua sebab ada lagi bahagian-bahagian yang wan tak tahu lagi. Selepas itu , alhamdulillah , dengan kuasa allah , wan dapat lagi markah tertinggi dalam kelas, tapi tak mencapai kategori A la , setakat C  je, memang tak tahu nak cakap apa ah , saat tu wan memang suka yang teramat la kat subjek matematik , ok , pastu wan pun cuba rapat dengan cikgu matematik wan, wan sentiasa ambil hati dia, tegur dia , dan sentiasa dengar cakap dia , lepas tu , cikgu matematik tu pun sudah mengenali wan , ok , lepastu wan pun rasa seronok , time belajar tu rasa dada lapang jea , ok , kat sini dapat tip yang ke-5 , CUBA RAPAT DENGAN CIKGU MATEMATIK DENGAN MENGAMBIL HATI DIA, TEGUR DIA , DAN SENTIASA DENGAR CAKAP DIA , insyallah , dengan berkat keredhaan cikgu kita, kita akan senang dan mudah mendapat ilmu yang dia ajar , pada masa yang sama kawan-kawan wan pun gelar wan murid paling pandai matematik dalam kelas, aduhai , tak sangka betul , wan pun ulangkaji matematik dengan bersungguh-sungguh , sehingga tamat tingkatan 4, wan dapat pegang carta pertama dalam kelas paling tinggi matematik , bersyukur sangat , ok , masuk wan tingkatan lima , wan rasa masih banyak lagi wan kena belajar , wan pun belilah buku latihan matematik sebanyak-banyak nya , wan buat satu persatu buku-buku latihan tu , ok  kat sini dapat kita tip yang ke-6 , BANYAKAN MEMBUAT LATIHAN PADA SUBJEK MATEMATIK KERANA MATEMATIK MERUPAKAN SUBJEK YANG MEMERLUKAN LATIHAN YANG BANYAK KERANA UNTUK MEMBIASAKAN KITA DENGAN SOALAN YANG TIDAK PERNAH KITA JUMPA, ok ... lepastu wan pun makin lama , makin maju la konon dengan subjek matematik , sampai wan dapat mengajar kawan-kawan wan , sehingga dapat membantu cikgu mengajar, ia la kan cikgu sorang jea , wan pun turut membantu , dalam hati wan rasa macam tak percaya sebab wan boleh mengajar kawan-kawan wan , sedangkan dulu wan tak pandai langsung matematik, seterusnya peperiksaan percubaan pertama telah bermula , wan dengan hati yang berkobar-kobar membuat soalan tersebut , alhamdulillah , semua soalan wan dapat selesaikan , ok ,, tanpa dijangka wan memperolehi keputusan dalam subjek matematik -A , wan memang bersyukur sangat-sangat , ok , tip yang terakhir kita mestilah sentiasa berdoa kepada allah supaya dada kita lapang untuk menerima segala ilmu yang di berikan oleh cikgu , dan sentiasa membantu kita dalam apa juang perkara , seterusnya , SPM peperiksaan yang paling penting telah bermula , pada saat tu wan memang sentiasa fikirkan umi dan ayah ,dan time uh wan berdoa supaya wan dapat jawab dengan selamat , wan cuba menjawab subjek matematik tersebut dengan tenang , alhamdulillah wan dapat keputusan A dalam subjek matematik , tapi wan sedih sangat sebab wan tak dapat nak tunjuk kan keputusan wan dekat cikgu matematik wan kerana cikgu tersebut telah pindah ke sekolah lain,
cikgu tu memang banyak mengajar wan , menasihati wan, apa jua perkara, cikgu tu lah yang paling rapat di sekolah , wan tak akan lupa jasa-jasa dia dekat wan .... ingatlah sepupu-sepupu wan , cikgu adalah ibu bapa kita yang kedua , jika kita tidak mendangar cakap cikgu sama la kita tidak dengar cakap ibu bapa kita .. itu je la , yang wan dapat kongsi bersama sepupu-sepupu wan , cuba lah tip-tip yang wan bagi uh , kalau boleh amalkan pada semua subjek , insyaallah , anda semua akan menjadi pelajar cemerlang pada sesuatu hati nanti. AMIN!!

Thursday, 22 March 2012

KESAH MOHD RIDZUAN SEMASA MENGAMBIL PEPERIKSAAN SPM

Assalamualaikum ,

 Kerjayaan wan pada mulanya memang tidak dijangka , pada hari pertama peperiksaan SPM , subjek Bahasa Melayu , Kertas 1, yang merangkumi dua bahagian karangan , wan mendahulukan bahagian ke dua kerana bahagian tersebut mempunyai 360 patah perkataan mesti di selesaikan , wan pun mula lah membuatnya , masa yang diperuntukan untuk menjawab ialah 2 jam 15 minit , semasa wan memikirkan idea , tiba-tiba tangan wan menggigil , eh , wan pun pelik kenapa nie , wan pn heboh-heboh dok pikir kenapa ?? , masa pun pantas berlalu , dan wan cuba selesai kan bahagian yang kedua tersebut dengan tangan yang menggigil, setelah selesai bahagian dua tersebut mata wan terus menuju kearah jam , dan melihat sepuluh minit lagi untuk masa tamat , sedangkan bahagian pertama tidak dibuat langsung , aduh!! dalam hati wan , parah camnie, tak pernah jadi camni, tiba-tiba SPM boleh jadi camnie, wan pun redha jea la ,dan dengan tiba-tibanya wan memikirkan umi dan ayah , dan time uh wan rasa macam nak menangis , tapi apa kandaya, wan cuma mampu berdoa jea, dengan secepat mungkin wan buat jea la bahagian pertama uh , dan alhamdulillah berjaya wan siapkan dengan ayat lintang pukang maklumlah lagi sepuluh minit , masa yang dicadangkan untuk membuat soalan tersebut 45 minit , tu lah , wan nasihatkan kat sepupu-sepupu wan diwaktu SPM apa-apa  boleh berlaku tanpa di jangka ingatlah walau apa pun berlaku kita jangan menganggap itu satu kegagalan dan kesulitan untuk mendapat keputusan yang cemerlang, alhamdulillah keputusan Bahasa Melayu wan dapat B+ ,  wan memang tak jangka boleh dapat , sebab bahagian pertama wan uh karangan cincai jea .. wan target BM C jea .. di sini yang wan nk kongsi, wan selepas solat wan sentiasa berdoa YALLAH KAU LEMBUTKAN LAH HATI PEMERIKSA KERTAS KU YALLAH , KAU AMPUNKAN LAH DOSA NYA, KAU PEMUDAHKAN URUSAN NYE , insyaallah allah akan membantu hambanya yang meminta pertolongan dengan penuh keikhlasan .. ok la sampai disini je kesah pada hari pertama wan mengambil peperiksaan , kalau ada masa yang lapang wan cuba kongsikan macam mana wan bole dapat score A mathematics subjek yang kurang disukai oleh pelajar .

JUTAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA AHLI KELUARGA PKMY YANG TIDAK PUTUS-PUTUS MENDOAKAN KEJAYAAN MOHD RIDZUAN

Saya Mohammad Ridzuan bin Zubir mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga PKMY yang tidak pernah putus-putus mendoakan kejayaan Wan, disamping sentiasa memberi bimbingan dan nasihat kepada Wan , Insyaallah selepas nie Wan akan meneruskan pelajaran dan mengharapkan ahli keluarga PKMY mendoakan Wan berjaya mendapat menyambung pelajaran di Universiti , akhir sekali Wan berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh  hingga ke manara gading , insyaallah, Salam sayang pada semua dari Mohd Ridzuan bin Zubir .

TAHNIAH KECEMERLANGAN SPM 2011 USAHA TANGGA KEJAYAAN

  
Restu ibu membawa  kejayaan 

Tahniah diucapkan kepada Abang Wan yang telah berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan SPM 2011. Semoga kejayaan ini menjadi peransang untuk memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan. Saya doakan Abang Wan akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti dalam bidang yang diminati. Tahniah sekali lagi dari saya Muhammad Luqman Hakim melaporkan dari Putrajaya. 

Wednesday, 21 March 2012

ANUGERAH KECEMERLANGAN PIBG PERINGKAT W.P PUTRAJAYA

                             PENGERUSI PKMY DAN BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH 

Tahniah diucapkan kepada Pengerusi PKMY yang juga merupakan YDP PIBG SMK Putrajaya Presint 9(1) yang telah memenangi Anugerah Kecemerlangan PIBG tahun 2012 peringkat Putrajaya pada 19 Mac 2012. .Sesungguhnya, kejayaan itu telah memberikan suntikan kepada semua ahli PKMY untuk terus cemerlang dalam kehidupan.  IQBAL HAKIM Melaporkan dari , Putrajaya

Saturday, 17 March 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN -CEMERLANG ,GEMILANG ,TERBILANG

Calon UPSR 2020

 

 

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a) Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b) Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c) Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Begitulah 7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Ikhlas :Siti Nur Aqilah Putrajaya

Semoga semua ahli pkmy yang akan mengambil peperiksaan UPSR ,PMR ,SPM dan peperiksaan semesta di universiti sukses dan mendapat rahmat Allah ...Amin

KEPULANGAN EXCO PKMY DARI MEKAH

Rombongan umrah 2012
Alhamdulliah 9 orang exco PKMY telah menunaikan umrah pada 17 feb 2012 kembali dengan selamat pada 1 mac 2012.  Rombongan itu diketuai oleh pengerusi PKMY iaitu Tuan Hj Zainal bin Hj Mohd Yusoh.  Mereka yang mengikuti rombongan tersebut ialah penasihat PKMY iaitu Tuan Hj Mohd Yusoh bin Long, Bendahari PKMY Encik Zafarullah, Cik Saadiah,  Encik Rosli, dan empat orang lagi dari keluarga isteri Encik Zafarullah.Semoga Allah SWT memberikan pahala yang besar dan umrah yang makbul.  Dari Iqbal Hakim, Putrajaya