Sunday, 23 June 2013
HARI KELUARGA PKMY 2013
Assalamualaikum semua ahli keluarga PKMY, AlhamdulilLah, dengan izin Allah sekali lagi kita dapat bertemu semula dihari keluarga PKMY pada 6 hingga 8 Jun 2013 diDesa Balqis Resort Kuala Linggi, Melaka. Setelah genap 2 tahun kita bertemu diRoyal Puteri Resort Tanjung Keling Melaka, iaitu pada 6 Jun 2011. Setiap kali kita bertemu pada Hari Keluarga memang menyeronokkan. Terima kasih kepada urusetia program pada hari tersebut, tempatnya sangat menarik dan cantik.Sesuai untuk aktiviti keluarga. Semua aktiviti berjalan lancar, diseri pula dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zahari Mohd Yusof yang telah memberi pengetahuan dan ilmu yang menafaat untuk kita semua. Semoga kita bertemu lagi pada Hari Keluarga yang akan datang InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
