TAZKIRAH


MAKSIAT DAN CARA-CARA MENINGGALKAN NYA

“Sampaikan dariku walau pun satu ayat” – (Bukhari dan Tarmizi)
Assalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh. Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat)hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar).
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya.” Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badan nya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya”. Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A. Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.
Firman Allah S.W.T : “Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu).” – Surah An Nur : Ayat 24. “Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu).” Surah Yassin : ayat 65.
1)         Menjaga Mata Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.
2)         Menjaga Telinga Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida’ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain. Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat.”
3)         Menjaga lidah Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka. Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun.” – Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A. Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.
4)         Menjaga perut Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.
5)         Menjaga Kemaluan Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. :”Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela.” Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.
6)         Menjaga Dua Tangan Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.
7)         Menjaga Dua Kaki Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim. Firman Allah S.W.T. : “Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka.” – Surah Hud : ayat 113.
Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur)terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu. Sabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). – Riwayat At Tirmizi. Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) -
Jazakumullahu khairan Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri… Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.
WabiLlahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.. – - “Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W.” – (Imam Malik)
Insert by Webmaster
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil
berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan…

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya…

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Perjuangan menegakkan agama itu getir.

Perjuangan para nabi.  Tidak dapat dihapuskan. Pertentangan antara hak dan batil berlaku hingga kiamat. Tiada istilah duduk di atas pagar bagi si Muslim. Daulah Islamiah bertahan sehingga 1300 tahun.
Hapusnya bermula di Turki   – Mustafa Kamal dan Arab. Satu demi satu ditelan penjajah   – penjajah menipu: PPDI / PPDII. Sekarangpun masih dijajah fikiran dan minda. Cara berfikir agamapun telah dijajah.
Lahir sekularisma dan mengikut logika. Otak itu cuma sebesar penumbuk masakan mampu mencapai segala rahsia penciptaan alam ghaib dan alam imthal (alam jin, iblis dll). Sumber maksum dan suci telah siap diturunkan untuk manfaat manusia. Dibaca dalam realiti kehidupan, bukan sekadar keberkatan - memang keberkatan itu penting. Nama Quran pun : Mubarak.
Buta agama lahir hasil kemunduran. Kenal kulit, isi bercampur baur. Ada bersikap melampau yang menjadi fitnah. Ada pemikiran yang tidak berkaitan hujah syarak.
Perlu usaha dari semua pihak menjernihkannya semula. Kebenaran itu kuat kerana ciri-cirinya bersumberkan dalil yang sahih bertepatan dengan fitrah disokong pandangan akal yang lurus diperkukuh dan disaksikan dalam realiti kehidupan.
Pandangan mata hati tertutup kerana – Hawa nafsu menguasai diri. Hawa nafsu menghalang terserlahnya kebenaran. Hawa nafsu menghalang tingginya kalimah Allah. Kebenaran akan menang apabila ada kekuatan yang menyokong, melindungi dan mengawalnya. Kewajipan melaksanakan syariat Islam tidak dapat dipertikaikan lagi.
Penghalang (al-‘aaiq) – ertinya penyimpang dari tercapainya tujuan.

قَدْ يَعْلَمُ اللهُ الْمُعَوِّقِيْنَ  – الأحزاب: 18

“Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) yang menghalang (kamu).”
Buta agama:
Al-ummiyah ad-diniyyah – ialah seseorang yang tiada pengetahuan agama walaupun dia seorang intelek atau profesiional
Taklif: berakal, memahami tutur kata. Tujuannya ketaatan dan menurut perintah. Ilmu pula diperlukan untuk memahami hakikat taklif.
Ilmu fardu ain:
(1)    mengetahui kewajipan agama –
Rukun Iman, Rukun Islam, ilmu muamalat yang berkaitan
(2)    mengetahui perkara yang haram seperti syirik, derhaka, zalim, tipu daya, riba,
membunuh, qazaf, zina, arak, dedah aurat, memakan bangkai dll
Ilmu fardu kifayah:
(1)  gugur kewajipan dengan dilakukan segolongan manusia
(2)  memiliki kemahiran dalam bidang yang diperlukan oleh umat

Jahil terhadap perundangan Islam

Islam telah diserang dengan serangan pemikiran yang teratur oleh musuh. Bayangan Islam telah hilang dari fikiran umat. Berjaya tanggalkan Islam dari umat, kecuali nama dan tradisi. Syariah Islam mencakup seluruh bidang kehidupan dan hukumnya dinamik. Hasil pergaulan dengan Barat yang telah maju, umat Islam takjub lalu menurut fahaman Barat dan tinggalkan Islam. Undang-undangpun ditukar kepada undang-undang Barat secara beransur-ansur atau sekaligus.
(1)  Perubahan ini bermula dengan menggantikan kanun kesiksaan (huqubah) atau  hudud kepada undang-undang jenayah sivil.
(2)  Kemudian undang-undang sivil (jual-beli, jaminan, hiwalah (tukar ganti), gadaian, amanah, wadiah, hibah dan syarikat mula digunapakai di Mesir di bawah Al-Khadewi Ismail Basha yang sebenarnya Undang-undang Sivil Perancis.
(3)  Bila penjajah Barat menguasai negara Islam, mereka terus menyerangnya dengan undang-undang sivil mereka sekali termasuk kewangan dan perbankan.
(4)  Hanya undang-undang kekeluargaan Islam yang masih dikekalkan, termasuk menyerapkan Mahkamah Syariah bersama mahkamah yang lain. Bagaimanapun itupun cuba diceroboh juga, terutama poligami, talak, status lelaki wanita dan bab pusaka. Hasilnya lahirlah generasi yang jauh dari realiti perlaksanaan syariat. Mereka kenal Islam itu sebagai agama ritual semata-mata seperti agama lain.
Faktor-faktor melahirkan buta agama
(1)  Pendidikan – dikuasai orang Barat. Pelajaran agama dikeluarkan dari sukatan kecuali 1-2 jam seminggu. Bidangnya pun umum dan terhad. Tidak tahupun nama-nama surah dalam Al-Quran.
(2)  Media massa pula membincangkan tajuk yang terhad dan ringan.
(3)  Ulama-ulama rasmi selalu mengeluarkan kenyataan menyokong pemerintah  walaupun dalam hal yang bercanggah dengan syarak dan menuduh yang menentang pandangan mereka sebagai pelampau. Sukar melihat yang benar-benar memperkatakan yang hak.
(4)  Hukuman kepada pesalah agama terlalu ringan, malah ada jenayah yang tidak akan dihukum oleh undang-undang. Jika terpaksa diperundangkan, pelaksaannya tidak ada pula.
(5)  Ulama, khatib dan da’i dilarang memperkatakan beberapa perkara yang telah ditinggalkan dalam pemerintahan
Contoh bagi buta agama:
(1)  Penulis tidak faham Islam. Mereka anggap hukum syarak itu sejarah dan tradisi Arab. **Ada upahan, ada yang memang jahil, ada yang berkepentingan
(2)  Mengkritik pandangan jumhur ulama. Malah hukum yang qat’ie sekalipun seperti menolak keharaman arak kerana katanya arak itu perlu dijauhi sahaja bukan diharamkan.
(3)  Menuduh Al-Quran itu hanya kitab agama dan iman, tidak termasuk perundangan.
(4)  Menuduh Saidina Abu Bakar ra. Memulakan kutipan cukai. Sebenarnya itu adalah zakat, bukannya cukai.
– Prof. Manna’ Khalil Al-Qaththan
Insert by Webmaster
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>