blog pkmy

 

Friday, 23 September 2011

TIP PENJAGAAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP)


1.   BATERI
·      Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elekrik.
·      Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri
·      Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
·      Pastikan bateri berada dibawah 10 peratus sebelum dicas semula.
·      Jika terlalu  kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga dibawah 50 peratus.
2.   PAPAN KEKUNCI
·      Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghidarkan papan kekunci dimasuki habuk.
·      Sesekali lapkan papan kekunci perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
·      Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci dikomputer riba.
3.   SKRIN LCD
·      Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
·      Gunakan screen saver.
·      Power management setkan pada “Turn Off monitor in …. Minutes”
·      Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
·      Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan “dead pixel”.
4.     HABA PANAS
·      Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.
·      Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
·      Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
·      Gunakan berus atau berus gigi lama.
·      Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
5.     PANTANG
·      Jangan Letak diatas bantal atau tilam semasa mengguna computer riba. Sebab kipas yang menyedut udara untuk menyejukkan processor laptop itu tidak dapat berfungsi.

·      JANGAN BERI PINJAM LAPTOP ANDA KEPADA KAWAN-KAWAN ATAU SAUDARA.

Pak Long...
Dicatat oleh pkmy11 di 10:16

PETUA MEMBINA RUMAH TANGGA BAHAGIA


  • Berbicara dengan lemah lembut, memanggil dengan panggilan kesayangan serta memandang dengan penuh kasih saying antara suami dan isteri.

  • Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasanngannya.

  • Jujur dan amanah, jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.

  • Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.

  • Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan.

  • Jadikan kamar tidur tempat yang peribadi, bersih, harum dan masa yang menyenangkan pasangan.

  • Saling menasihati dan meringankan beban yang ditanggung pasangan.

  • Peruntukkan waktu khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti maghrib dan isyak, bersiar-siar bersama dengan anak di taman.

  • Saling mendoakan dan merindui apabila berjauhan.



Pak Long...

    Dicatat oleh pkmy11 di 10:10

    Thursday, 16 June 2011

    HARI KELUARGA PKMY 2011 @ ROYAL PUTERI BEACH RESORT, MELAKA


    Salam, kepada semua keluarga PKMY sila dapatkan gambar2 Hari Keluarga daripada FB Uda PKMY -atau  tiga link berikut
    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.105652029529043.10051.100002527391096&l=3ff3e7c998
    dan
    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.105627102864869.9998.100002527391096&l=edddc28bf4
    dan
    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.104028663024713.6454.100002527391096&l=44e8d74a77
    Terdapat 300 gambar yang menarik, macam-macam aksi ada...
    
    Dicatat oleh pkmy11 di 23:09

    Thursday, 9 June 2011

    HARI KELUARGA PKMY 2011

    Assalamualaikum semua ahli keluarga PKMY, Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah kita dapat juga bertemu semula dihari keluarga PKMY pada 5 Jun 2011 diRoyal Puteri Resort Tanjung Keling Melaka, setelah 4 tahun kita tidak bertemu. Kelihatan masing-masing begitu seronok dan gembira sekali. Webmaster mengucapkan tahniah dan terima kasih banyak banyak kepada urusetia program pada hari tersebut, dan terima kasih juga kepada urusetia yang memilih design dan warna baju hari keluarga - ia sangat menarik dan cantik. Diharap kita akan dapat mengadakan Hari Keluarga akan datang pada tahun 2013 ia itu 2 tahun lagi disatu tempat yang lebih menarik lagi. InsyaAllah.
    Dicatat oleh pkmy11 di 21:49

    Wednesday, 8 June 2011

    SELAMAT TAHUN BARU 2011

    HARI KELUARGA PKMY 2011
    As salam.
    Atas  permintaan ramai, hari keluarga PKMY akan di adakan pada 5,6,7 Jun 2011  selama 3 hari 2 malam  di Pantai Putri Resort Tanjung Keling Melaka tempat menarik tepi pantai.  Boleh buat BBQ  ditepi pantai. Terdapat permainan dan aktiviti sukan untuk ahli keluarga,  T shirt Hari Keluarga pun ada.Hadiah menarik menunggu di sana.  Bayaran Pakej untuk setiap keluarga RM350 sahaja selama 3 hari. Bilangan ahli setiap keluarga tidak kesah berapa ramai pun boleh bayaran tetap RM350.00 .  Sila SMS  segera dan beri nama pada Cikgu Junaidah hp 0196549198  atau Ustaz Zahari  011 19965998 tidak lewat hari Ahad 22 Mei 2011. Cepat-cepat siapa cepat dia dapat hadiah…..
    Terima kasih.
    Setiausaha PKMY
    s.k –  Pengerusi PKMY, Y.Bhg Tuan Haji Zainal Hj Mohd Yusoh

    &&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
    SEMUA AHLI PKMY
    SELAMAT  MENYAMBUT TAHUN BARU  2011.  PERBAHARUI AZAM DAN PERKUKUHKAN USAHA MEMERTABATKAN DIRI DENGAN MELAKUKAN MUHASABAH  DIRI SEPANJANG  TAHUN 2010.  SEMOGA  TAHUN 2011  MEMBERIKAN  KEGEMBIRAAN DAN KEMENANGAN KEPADA SEMUA AHLI PKMY.
         Pengerusi   PKMY
    %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
    Dicatat oleh pkmy11 di 12:42

    TAHUN 2010:TEKAD PERKUKUHKAN INSTITUSI PKMY

    GAMBAR HAJI 2010




    PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

    SAYA DAN ISTERI TELAH  KEMBALI  KE TANAHAIR DARIPADA MENUNAIKAN MENASIK HAJI 2010 PADA 18 DEC  SELAMA  42 HARI. KAMI MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI PKMY YANG TELAH  MEMBANTU KAMI DARI MULA HINGGALAH SAYA KEMBALI DARI MENJALANI IBADAH HAJI. ALLAH  SWT JUA YANG MEMBALASNYA.
    JAZAKALLAHU KHAIRAN KASIRAN JAZA…
    HJ ZAINAL & HAJAH HASLINA
    20 DEC 2010
    December 20th, 201


    ____________________________________________________________________________

    ATUR CARA TERAKHIR...6 JUN 2010
    6 JUN 2010
    5:00  SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID BESI PUTRAJAYA
    7:00  SARAPAN/REHAT
    8:00 -10:00  MUHASABAH DIRI
    11:00-12:00  tgh   PERSIAPAN   BEG   BAGASI  SELESAI
    1:00-2:00 ptg  SOLAT ZOHOR BERJEMAAH DI MASJID
    2:00-4:00  ptg  PERSIAPAN  DIRI- MANDI SUNAT IHRAM DAN SOLAT SUNAT IHRAM
    4:00 -5:00 ptg  PAKAI IHRAM DAN SOLAT BERJEMAAH ASAR DAN SOLAT MUSAFIR
    5:00-5.15 ptg  BACAAN   DOA SELAMAT   DAN   AZAN SEBELUM BERTOLAK
    KE KLANA JAYA
    5:15  ptg BERTOLAK KE TABUNG  HAJI KLANA JAYA
    6:15   ptg TIBA  DI TABUNG  HAJI KLANA JAYA
    7:00-8:00 mlm  SOLAT BERJEMAAH MAHGRIB DAN ISYAK
    8:00 -9:00 mlm DAFTAR MASUK TABUNG HAJI
    9:15 mlm LAPOR DIRI &  BERLEPAS
    SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH HAJI  1431H
    %%%%%%%%%%%%%%%%%%



    TARIKH PENERBANGAN HAJI - KT 93

    NOTA PENTING
    BERIKUT ADALAH MAKLUMAT  PEMERGIAN HAJI SAYA SEPERTI BERIKUT:- 
    MASA  BERTOLAK  DARI RUMAH PUTRAJAYA  5.30  PETANG PADA 6/11/2010
    SOLAT MAGHRIB DAN ISYAK DI KLANA JAYA ( JAMAK QASAR)
    NO. PENERBANGAN:   KT 93
    TEMPAT LAPOR DIRI:   KOMPLEKS TABUNG HAJI KLANA JAYA
    TARIKH MELAPOR DIRI:   6   NOV   2010   
    WAKTU LAPOR DIRI:   9.15 MALAM (SABTU)   
    NO. PESAWAT PERGI:    SV5623
    NIAT IHRAM DI MIQAT:   QARNUL MANAZIR
    TIBA DI MALAYSIA :   18  DIS  2010
    WAKTU TIBA:   8.30 MALAM (KLIA)
    NO PESAWAT BALIK:   SV5616
    %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
    November 3rd, 2010


    ________________________________________________________________________________________________


    LABBAIKALLAHUMMALABAIK…

    SALAM UNTUK SEMUA KELUARGA PKMY,
    SAYA DAN ISTERI  MENJEMPUT  TUAN/PUAN SEKELUARGA KE RUMAH SAYA PADA 31  OKT 2010   DI ALAMAT  NO 19, JALAN P9B/8 PRESINT 9, PUTRAJAYA  SEMPENA PEMERGIAN SAYA DAN ISTERI  KE MEKAH  MENUNAIKAN  IBADAH HAJI 1431 H.  KT PENERBANGAN IALAH KT93. MAJLIS  DOA SELAMAT  DIJANGAKAN BERMULA 1.15 TGH.  DIJEMPUT SEMUA HADIR…..
    MAAF ZAHIR DAN BATIN.
    ZAINAL HJ MOHD YUSOH
     PENGERUSI PKMY
     October 30th, 2010
    _____________________________________________________________________________________________

    RAMADAN 1431H / 2010M

    Salam untuk semua,Sempena bulan Ramadhan.  Saya menyusun jari sepuluh  memohon kemaafan kepada saudara/i  yang mengenali saya di atas kesilapan yang pernah saya lakukan  sama ada disengajakan atau tidak disengajakan termasuk juga makan minum dan bicara yang tersilap. Semuanya adalah dari kelemahan diri saya jua. SELAMAT BERPUASA…Terima kasih.
     Zainalmy.
    Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan 
    “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad s.a.w
     
    apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut

    * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya  (jika masih ada);
    * Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
    * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
    Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
    August 21st, 2010
    _____________________________________________________________________________________________

    ABAH ACCIDENT...

    Dimaklumkan abah telah  kemalangan semasa menunggang motor di Kg Felda Bukit Rokan pada tengahari 20 Ogos 2010.  Difahamkan motor abah gagal dikawal disebabkan  berlanggar dengan sebuah motor budak yang secara tiba-tiba bergerak ke tengah jalan. Abah yang mengalami kecederaan telah segera dihantar  ke klinik Bukit Rokan dan seterusnya mendapatkan rawatan lanjut di Klinik Mesra di Gemencheh. Terima kasih kepada En. Rosli (banglang) dan Puan Umi (Mak Uda) yang membantu abah ke klinik. Semua keluarga PKMY  merasa sedih dan mendoakan semoga abah cepat sembuh.
    Terima kasih.
    August 20th, 2010
    ___________________________________________________________________________________


    Selamat Menjalani Ibadah Puasa kpd Semua Ahli PKMY.

    Alhamdullilah syukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dipanjangkan usia maka kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Dengan kesempatan yang diberikan ini maka janganlah kita sia-siakan waktu walau sesaat pun. Kerana setiap amalan yang baik, zikir dan ibadah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan AlMubarak ini akan mendapat ganjaran pahala yang berganda-ganda banyaknya. Disini BangLong +- Pak Long mengharapkan agar semua Ahli PKMY dapat meningkatkan lagi Iman dan Amal pada bulan yang mulia ini.
    Pada hari sabtu yang lepas 7 Ogos 2010 Bang Long/Pak Long sekeluarga telah pergi keTaman Warisan Putri di Seremban iaitu dirumah baru Pn. Umi Khalsom/Mahfis (Uda/PakUda). Mungkin semua Ahli PKMY telah dimaklumkan. Majlis doa selamat /kesyukuran dan tahlil arwah diadakan selepas zohor. Ahli-ahli PKMY yang tak dapat hadir disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan iaitu Keluarga Ust Azhari, Keluarga Hj Zainal, Saadiah dan Saifuddin. Tahniah pada Umi dan Mahfis semuga anda berdua akan menjalani hidup yang lebih bahgia lagi dan semuga Allah memberi keselamatan keatas keluarga dan rumah baru mereka.
    Rumahnya cantik, besar dan luas. Tanah corner lot tu boleh buat sebiji rumah lagi. Terletak dikawasan bukit. Permandangan yang begitu indah dapat dilihat dari rumahnya.
    August 15th, 2010

    SELAMAT BERPUASA 1431H / 2010 MASIHI
    Tibalah bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan umat Islam. Moga amalan ibadah puasa disempurnakan sebaiknya hingga meningkat kederajat taqwa . Kesempatan dan kerahmatan yag hadir bersama Ramadhan memberi ruang untuk dimanfaatkan oleh umat Islam mendekatkan diri kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ditegaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran lewat ayat 183 Surah Al-Baqarah: 
    “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kami, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa..” 
    Ibadah puasa memupuk pendidikan jiwa dan ruhani, membuatkan kita bermuhasabah betapa ibadah ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ibadah di bulan Ramadhan menuntut kita untuk peka dengan lingkungan, menginsafi kekurangan diri dan masyarakat sekaligus membangkitkan hasrat melakukan kebaikan serta memperkukuh usaha menghilangkan kemudaratan. Menjalani tarbiyyah dan tazkiyyah sepanjang madrasah Ramadhan menemukan kita dengan dua medan; medan perjuangan dalam diri serta lingkungan. Inshaallah dengan rahmat serta kasih Allah SWT, kita akan terus beristiqamah berusaha menjalani ibadah puasa ini agar tercerna serta terpancar akhlak dan sahsiah yang terpuji – SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA AHLI PKMY.      Salam Ramadhan Al Mubarak dari  Penasihat PKMY Tuan Hj Mohd Yusoh dan Hajah Minah.
     August 14th, 2010
    ________________________________________________________________________________________________

    Rahsia Mendapat Keputusan Cemerlang

    Salam, buat calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan besar pada tahun ini, di sini disertakan rahsia bagaimana mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR + PMR + SPM + UNIVERSITI dan sebagainya..
    Untuk Menjadi Cerdik kite hendaklah menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat
    aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut
    Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    a). kita ingat 10% apayang dibaca
    b). kita ingat 20% apa yang didengar
    c). kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan (kene ceritakan pada orang ape yg kite dah tahu/belajar cth pada mak,ayah,kawan)
    e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan
    Cube buat dan amalkan rahsia di bawah sehingga habis peperiksaan
    1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan
    2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja  rumah )
    3. Belajar dalam persekitaran kondusif
    a). pastikan cahaya adalah terang
    b). kurangkan gangguan bunyi
    c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    e). kerusi dan meja menghadap kiblat
    f). janagan lupa untuk senyum
    4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan
    5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku /nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan
    6. Tahu teknik merangsang memori:
    a). memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
    b). menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
    c). mengingat kembali ( recall )
    d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )
    7. Sentiasa awal dan mendahului
    a). persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
    b). pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
    c). belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan
    8. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar
    9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru
    10. Mempunyai teknik membaca yang betul
    a). duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    b). membrikan tumpuan sepenuhnya
    c). menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    d). menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan (kalau topik yg dibaca susah- baca pada kadar sederhana, kalo senang bole baca dengan laju sebab senang nk paham)
    11. SENTIASA MENGAWASI PENCURI WAKTU BELAJAR IAITU BERANGAN-ANGAN, BERKHAYAL, BERTANGGUH & MALAS (ditujukan khas buat AZRI (calon PMR 2010, tolong berubah untuk berjaya)makcik doakan ayie berubah cepat..
    12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan
    13. Jangan belajar semasa badan penat dan letih
    14. Mesti kene rehat sekejap setiap 20 minit semasa mengulangkaji
    15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri(petang atau malam)
    16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa
    17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar    ( kita akan lupa 80% selepas belajar )
    18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan
    19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.
    20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
    21. Cepat ulangkaji semula bila rasa nak terlupe sesuatu topik
    22. Tahu petua mengulang kaji
    a). cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    b). siapkan semua ?peralatan tulis? dengan sempurna
    c). duduk tegak dikerusi yang selesa
    d). baca doa penerang hati
    e). baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    f). fikir dan ingat kembali isi utama
    g). catat / lakar
    h). semak semula ketepatan maklumat
    i). ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    j). buat rumusan
    k). jawab soalan
    l). tampal maklumat yang susah nak ingat di dinding
    m). baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

    23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca suratkhabar, jupe kawan2, tgk siaran tv kegemaran, makan makanan yg digemari dan sebagainya

    24. Tahu petua-petua agar tidak lupa
    a). jangan makan banyak kepala ikan
    b). jangan makan banyak organ dalaman
    c). jangan minum semasa makan
    Akhir sekali yang paling penting jangan tinggal solat dan banyak berdoa kepada Allah..insyaAllah berjaya.. Selamat mencube..
    “Orang yang paling kaya adalah orang yang berilmu, Orang yang paling bahagia adalah orang yang berilmu, Orang yang selamat juga adalah orang yang berilmu” saadiahmy
    July 30th, 2010
    ______________________________________________________________________________________________

    SAUDARA BANGLONG ZUBIR DI KEDAH MENINGGAL DUNIA

    AL-FATIHAH KEPADA ABANG IPAR BANGLONG ZUBIR 
    – (HJ IBRAHIM BIN HJ REJAB-70) YANG MENETAP DI KEDAH TELAH MENINGGAL DUNIA MENEMUI   ILAHI,  MUDAH-MUDAHAN ROHNYA DITEMPATKAN DI PERKAMPONGAN  ORANG-ORANG ISLAM… BELIAU MENINGGAL AKIBAT – TIBA-TIBA SAKIT BAHAGIAN DADANYA DAN TANGANNYA YANG TERKENA KAWAT DURI KETIKA BERKEBUN. BELIAU SEORANG YANG GIGIH BERKERJA SEMENJAK MUDA HINGGALAH HARI BELIAU MENINGGAL UNTUK MEMBESARKAN 7 ORANG ANAK-ANAKNYA YANG  SEKARANG SEMUANYA SUDAH BEKERJA DAN BERUMAH TANGGA, DISAMPING MENJAGA RAPI  ISTERINYA(KAKAK BANGLONG) YANG SEDANG TERLANTAR LUMPUH DIATAS KATIL DAN TAK DAPAT BERCAKAP  SEMENJAK 3 TAHUN LEPAS AKIBAT SAKIT – YANG MANA SEKARANG INI MAKAN MINUMNYA TERPAKSA MELALUI TUBE KELUBANG HIDUNG. SEGALA MAKAN MINUM, MANDI, KENCING BERAK TERPAKSA DIURUSKAN OLEH SUAMINYA. ALANGKAH SEDIHNYA LAGI….. TIBA-TIBA ORANG YANG HARI-HARI MENJAGANYA PERGI MENINGGALKANNYA BUAT SELAMA LAMANYA. ITULAH YANG DINAMAKAN AJAL DAN MAUT. ORANG YANG SIHAT PERGI LEBIH DULU DARI ORANG YANG SUDAH LAMA SAKIT.
    July 17th, 2010
    _____________________________________________________________________________________________

    1 Rejab bersamaan 14 June 2010

    Ting..Ting..Ting..
    Untuk peringatan..
    14 June ni merupakan 1 Rejab.
    Permulaan untuk 3 bulan yang penuh hikmah.
    Rejab, Syaban dan Ramadhan.
    Sebelum bermulanya bulan besar iaitu Ramadhan.
    Mari kita persiapkan diri mental dan fizikal.
    KELEBIHAN BULAN REJAB
    Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.
    01. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
    02. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.
    03. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
    04. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
    05. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
    06. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
    07. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
    08. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
    09. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
    10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
    11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
    12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
    13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
    14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
    Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
    Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
    17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
    18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
    19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
    20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
    21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
    22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
    23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
    24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
    25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
    Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
    Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
    REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
    REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
    REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.
    Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.
    June 13th, 2010 
    ____________________________________________________________________________________________________

    BERCUTI DI DANGA BAY

    GAMBAR KELUARGA PENGERUSI PKMY  SEMASA BERCUTI DI DANGA BAY
    June 13th, 2010
    ___________________________________________________________________________________________

    SELAMAT BERTUNANG….ASIAH


      
    SELURUH AHLI  KELUARGA PKMY MENGUCAPKAN SELAMAT BERTUNANG KEPADA ASIAH  BT ZAKI YANG MELANSUNGAN PERTUNANGAN PADA 11 JUN 2010. MAJLIS  TERSEBUT TELAH DIADAKAN DENGAN MERIAH SEKALI.  RAMAI YANG HADIR TERMASUK  AHLI KELUARTGA PKMY  YANG DATANG SECARA BERKONVOI DENGAN 6 BUAH KENDERAAN.  PENGERUSI PKMY MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR. SYABAR KEPADA KETUA BIRO KEBAJIKAN TUAN ROSLI DAN ISTERI YANG MENJALANKAN PROGRAM BAGITU CEMERLANG SEKALI. BRAVO… BRAVO….
    __________________________________________________________________________________________________

    Selamat Bercuti…

     
     
    Assalamualaikum semua ahli keluarga PKMY…
    Semoga semua sihat walafiat hendaknya. Di sini, uda sekeluarga ingin mengucapkan selamat bercuti. Kepada anak-anak buah uda, cuti-cuti juga, tapi buku jangan lupa baca tau…. Kepada kakak, abang dan kakak-kakak ipar yang bergelar cikgu, diucapkan selamat bercuti juga…seronok ye…dapat cuti free 2 minggu…
    Uda sekeluarga juga ingin memaklumkan bahawa tidak dapat turut serta ke konvoi kenduri di JB kerana ada urusan lain. Didoakan semoga semua ahli keluarga PKMY yang akan pergi nanti, berhati-hati di dalam perjalanan dan semoga selamat pulang ke rumah masing-masing.
    Akhir kata, salam penuh kasih sayang daripada uda, pak uda, batrishia dan khalishia.

    June 11th, 2010

    ____________________________________________________________________________________

    AKTIFKAN BLOK PKMY DENGAN PERBAGAI BERITA, PERISTIWA KELUARGA DAN LAIN-LAIN

    KEPADA SEMUA KELUARGA BESAR PKMY
    MARILAH SAMA-SAMA  MENGHIDUPKAN BLOG PKMY DENGAN BERITA-BERITA KELUARGA, KERJA, PERISTIWA MENARIK, BERITA SEMASA DAN PERBAGAI LAGI…..
    CUTI SEKOLAH DAH MULA SELAMAT BERCUTI SEMUA ANAK-ANAK PKMY
    DARIPADA PENGERUSI PKMY
     June 5th, 2010 


    _________________________________________________________________________________

    APA DAH JADI “KEDAI 1MALAYSIA PKMY”


    LOKASI KEDAI 1 MALAYSIA PKMY DI KG FELDA BUKIT ROKAN, GEMENCHEH N.SEMBILAN MASIH TERBENGKALAI…..
    LAWATAN PENGERUSI PKMY BARU-BARU INI MENDAPATI BANGUNAN KEDAI INI MASIH DALAM PROSES PEMBINAAN. BERDASARKAN JADUAL PERANCANGAN AWAL PROJEK INI DIJANGKA BOLEH BEROPERASI PADA BULAN PUASA NANTI(OGOS 2010) . INSYAALLAH…
    June 2nd, 2010

    ________________________________________________________________________________

    PAK LANG HASLINA MENINGGAL DUNIA…..

    Hanif bin Abd Aziz dikenali Pak Lang  ( Bapa saudara Haslina Ishak isteri Pengerusi PKMY) telah meninggal dunia pada  6 April 2010  yang lepas    ketika berumur  65 tahun kerana sakit jantung. Al Fatihah…
    May 31st, 2010
    ___________________________________________________________________________________________

    PAK BUSU DALAM KENANGAN…..SEMOGA ROHNYA DIRAHMATI ALLAH …AMIN




    Pak Busu( Hj Hamzah)  meninggal dunia pada bulan 23 April 2010 ketika berumur 58 tahun kerana serangan jantung. Seluruh ahli PKMY mendoakan semoga  rohnya dirahmati Allah. Al Fatihah…
    May 31st, 2010

    _________________________________________________________________________________

    Kesan negatif TV jika tidak dikawal

    TELEVISYEN (TV) adalah media elektronik yang paling berpengaruh dalam kehidupan kita. TV ketika ini amat mudah diperoleh di mana-mana saja. Bahkan setiap rumah memiliki sekurang-kurangnya satu set TV. Kewujudan TV satelit pula menjadikannya sesuatu yang sukar dilepaskan oleh peminatnya.
    Dalam negara kita, TV menghidangkan pelbagai pilihan siaran untuk penggemarnya. Kita juga mempunyai siaran televisyen yang dipancarkan daripada satelit. Ini meluaskan lagi fungsi TV itu sendiri. Ia amat berbeza ketika mula-mula TV itu diperkenalkan di negara kita.
    Ketika itu TV adalah satu-satunya media elektronik yang paling canggih dan paling dihargai dalam menyampaikan maklumat. Islam amat menyokong unsur kebaikan yang dibawa oleh TV. Apa saja yang membawa kebaikan dan manfaat kepada manusia adalah sesuatu yang sememangnya digalakkan oleh Islam itu sendiri.
    Selagi ia tidak bertentangan dengan kaedah dasar Islam, ia tetap dibolehkan menggunakannya. Dalam keadaan tertentu pula, alat komunikasi seperti TV ini boleh dianggap wajib penggunaannya kerana ada ‘masalah’ dengan penggunaannya seperti dalam suasana peperangan dan darurat. Umat Islam akan berada dalam keadaan bahaya dan membimbangkan jika mereka tidak memanfaatkan sumber maklumat ini.
    Namun begitu, suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan di zaman ini ialah TV lebih daripada satu sumber hiburan yang amat ketara. Barangkali tidak keterlaluan jika TV diistilahkan sebagai ‘wayang dalam rumah’. Seseorang itu tidak perlu menghabiskan waktu ke sana ke mari semata-mata untuk mendapat sumber hiburan. Memadai dengan hanya memiliki set TV di rumah.
    Setiap program TV yang berbentuk maklumat, tidak lagi menjadi tumpuan. Sebaliknya rancangan berbentuk hiburan, jenaka, drama, aksi, cinta muzik, kartun, dan seumpamanya itulah yang menjadi kegemaran pelbagai peringkat. Akibatnya TV disalahgunakan. Tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda mahupun kanak-kanak, sanggup duduk berjam-jam di depan TV.
    Masa diibaratkan lebih mahal daripada emas itu, dihabiskan begitu saja di depan TV. Apatah lagi dengan ada siaran TV 24 jam. Masa yang Allah susun untuk manusia beribadah, bekerja, mencari ilmu, makan dan berehat, kesemuanya dikorbankan untuk TV.
    Alat TV itu sendiri tidak salah untuk digunakan. Persoalannya ialah apa yang dipaparkan oleh TV itu sendiri. Rancangan TV yang pelbagai kategori itulah yang harus dipersoalkan. Jika sesuatu rancangan itu lebih membawa keburukan sama ada bagi jangan pendek atau jangka panjang, maka mengambil manfaat daripadanya adalah ditegah, terutama yang mempunyai pengaruh barat.
    Keruntuhan moral di kalangan masyarakat Melayu kini semakin dahsyat dan cukup kronik hari demi hari. Tidak syak lagi TV adalah salah satu punca penyumbang kepada gejala itu. Bangsa Melayu yang terkenal dengan adab sopan, berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada agama sudah berubah akibat pengaruh TV. Ia mencorak kehidupan dan pemikiran mereka.
    Pada masa sama, pakar kemasyarakatan atau psikologi bertungkus-lumus berusaha untuk memulihkan akhlak remaja.
    Untuk Renungan Dari Webmaster
    May 13th, 2010

    ____________________________________________________________________________________

    ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG…

    Foto semasa Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang di SMK Putrajaya Presint 9(1) yang telah disampaikan oleh Pengerusi PKMY Tuan RP Zainal Hj Mohd Yusoh (3 dari kanan). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timb. Pengarah Pelajaran Putrajaya Tuan Haji Khairil Awang.
    April 2nd, 2010

    ______________________________________________________________________________

    AQILAH IKUT JEJAK PAK SU

    Foto: Aqilah dua dari kiri.
    Satu Majlis Perbarisan Kadet Polis telah diadakan di SMK Putrajaya Presint 9(1). Seorang ahli PKMY  Siti Nur Aqilah Zainal turut sama menyertai majlis  tersebut. Ketika ditanya oleh wartawan PKMY,  mengapa menyertai kadet polis sekolah, beliau menyatakan minatnya dalam dunia  kepolisan amat mendalam kerana ia dapat membentuk pribadi unggul dan berjiwa berani.
    April 2nd, 2010

    ANGGOTA POLIS NO.S21400 SIAP SEDIA BERKHIDMAT…

    Anggota Polis no. S21400 Mohd Saifuldin Hj Mohd Yusoh siap sedia berkhidmat untuk negara. Itulah kata-kata semangat yang disampaikan semasa tamat latihan kepolisan hari ini. Ketika ditanya  perasaannya beliau menyatakan perasaannya gembira berbaur sedih. Gembira teramat  sangat bagai tidak dapat digambarkan apabila berjaya melalui 4 bulan latihan polis dengan jayanya  dan kejayaan ini pula menjadi lebih manis kerana disaksikan ibu dan ayah dan  ramai ahli keluarga PKMY. Beliau menyatakan kesedihan  kerana akan meninggalkan Pusat Latihan Polis yang banyak membentuknya menjadi  insan berjiwa polis yang berhati kental. PKMY mendoakan SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SAIFUL DALAM DUNIA KEPOLISAN…Wartawan PKMY.

     

     

     

     ANAK OMAK AKHIRNYA JADI POLIS…

    Doa seorang ibu dan ayah untuk melihat anak bongsunya menjadi anggota Polis akhirnya menjadi kenyataan apabila Mohd Saifuldin tamat Latihan Polis di Kuala Lumpur hari ini. Seluruh ahli PKMY turut sama gembira diatas kejayaan beliau itu. Kejayaan ini sudah pasti akan membakar semangat semua anak-anak ahli PKMY untuk terus maju dalam pelajaran.Tahniah…









    KELUARGA PKMY RAIKAN PAK SU…

    Tanggal 27 Mac 2010 merupakan detik yang tidak dapat dilupakan bagi En. Mohd Saifuldin Hj Mohd Yusoh (Pak Su-Ketua Biro Penerangan PKMY) apabila tamat menjalani Latihan Polis di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Majlis Perbarisan Tamat Latihan ini telah dirasmikan oleh  Timbalan Pengarah Pengurusan Polis Kuala Lumpur. Majlis ini turut sama disaksikan oleh keluarga PKMY- Wartawan PKMY.
    March 27th, 2010 

    ____________________________________________________________________________________________

    Assalamualaikum….

    Apa khabar semua ahli PKMY…diharap semuanya dalam lindungan Allah dan rahmatnya. Sekarang ni musim cuti sekolah..mungkin ahli-ahli PKMY sedang sibuk bercuti bersama keluarga..so saya ucapkan selamat bercuti..kalau ade duit lebih jgn lupa beli ole-ole ye..keluarga saya sekarang ni berada di kampung Bukit Rokan. Ni jap lagi saya pun nak balik kampung dengan Wan yg skrg ni bersekolah di sana.
    Bagi ahli-ahli PKMY yg masih belum bayar yuran bulanan harap boleh lah start kumpul duit bayar sebab tempoh yg diberi dah nak tamat iaitu sampai Jun 2010. Saya pun baru nak start buat kira-kira ni…moga harapan Pengerusi nak tengok akaun PKMY ade RM100,000 dlm masa 5 tahun ni tercapai…Insyaallah.
    March 20th, 2010

    __________________________________________________________________________________________________________________________________

    DOA DARI PENASIHAT….

    PENGASAS PKMY TUAN HAJI MOHD YUSOH BIN  LONG DAN HAJAH MINAH BTE HJ MIDON
    SEMUGA SEMUA AHLI PKMY DAN CUCU CICIT  SIHAT  WALAFIAT  DAN BERJAYA DALAM SETIAP  KERJAYA YANG DICEBURI.   SOLAT  JANGAN TINGGALKAN DAN    KERJALAH   DENGAN TEKUN , AMANAH  DAN SABAR ….INSYAALLAH  PASTI KEJAYAAN MENJADI MILIKMU.(AYAHANDA/BONDA)
    March 3rd, 2010   
    __________________________________________________________________________________

    OTAI PKMY turun padang…

    Ketua Biro Bina Insan merangkap Pengarah Bina Insan PKMY  Ust Zahari Hj Mohd Yusoh (Pak Andak) bersama  Ketua Biro Akademik PKMY Pn. Umi Kalsom Hj Mohd Yusoh (Uda) dan Bendahari Kehormat PKMY (En. Zafarullah Hj Mohd Yusoh-Pak Itam) sedang memberi kata-kata semangat kepada semua ahli peserta Bina Insan PKMY  Tahun 2010 siri 1 ”Perjuangan memertabatkan minda intelek ”.
    March 8th, 2010
    __________________________________________________________________________________

    Ibarat belakang parang…

    Salam kasih sayang buat semua ahli keluarga PKMY,
    Buat anak-anak buah uda yang uda kasihi selalu,
    Ingatlah, KEJAYAAN tidak akan datang bergolek…
    KEJAYAAN memerlukan PENGORBANAN
    KEJAYAAN memerlukan KESABARAN
    KEJAYAAN memerlukan DAYA JUANG yang tinggi
    Ingatlah kalian,
    KEJAYAAN bukan hak milik semua orang
    KEJAYAAN hanya untuk orang-orang yang berusaha untuk mendapatkannya
    Justeru,
    Sematkan azam, teguhkan pendirian,pulihkan semangat juang,
    Ibarat belakang parang, jika selalu diasah, ia akan menjadi lebih tajam daripada mata parang itu sendiri…  (Ini kata-kata azimat nenek masa uda belajar dulu)
    Doa uda sentiasa bersama kalian
    Salam Sayang,
    Uda PKMY
    March 2nd, 2010 
    _________________________________________________________________________________

    PERTEMUAN KELUARGA  PKMY PADA  HARIRAYA 2009
    Dicatat oleh pkmy11 di 08:43
    Newer Posts Home
    Subscribe to: Posts (Atom)

    Hargailah Masa. Kerana Masa itu Adalah EMAS

    MESSAGE BOX - CHATTING

    PAGE KELUARGA

    • Home
    • HARI KELUARGA 2011
    • AKTIVITI PKMY 2010
    • PENCAPAIAN DAN PENHARGAAN
    • PETUA ORANG TUA-TUA
    • TAZKIRAH
    • CONTACT
    • GALLERY BERGAMBAR

    KEDAI KELUARGA

    • ARZEC.NET
    • SUSU KAMBING
    • SYAMPU MENGHITAMKAN RAMBUT
    • BIO SANITARY PAD-Tuala Wanita Herba

    LINKS

    • MINDA POLITIK
    • TV SELANGOR
    • TV PAS

    EXCO PKMY 2010/2011

    • Hj Mohd Yusoh Long.
    • Hjh Minah Hj Midon
    • Hj Zainal Hj Mohd Yusoh
    • Zubir Hj Abdul Aziz
    • Junaidah Hj Mohd Yusoh.
    • Zafarullah Hj Mohd Yusoh
    • Zahari Hj Mohd Yusoh
    • UmiKalsom Hj Mohd Yusoh
    • Saadiah Hj Mohd Yusoh
    • Rosli Hj Harun
    • Noraini Hj Mohd Yusoh
    • Mohd.Saifuldin Hj Mohd Yusoh
    • Roszita Hj Mohd Yusof
    • Khairul Amri Alias
    • Siti Zubaidah Alias
    • Mahfiz
    • Haslina Ishak
    • Norazlina bt. Hashim

    AHLI PKMY

    • Mohammad Ridzuan. Muhammad Azri. Nor Maziyyah. Nurul Mazidah. Nor Hafizah. Siti Nur Aqilah. Muhammad Iqbal Hakim. Siti Nur Aqidah. Muhammad Luqman Hakim. Mohd.Zul Arif. Siti Hajar. Siti Amira. Mohd.Ikhmal. Siti Najihah. Siti Syuhadah. Siti Syahirah. Syafikah. Saadah. Syamilah. Mohammad Fathullah. Mohammad Aminullah. Solehah. Humairah. Mohammad Johan. Mohammad Imran. Mohammad Faiz. Anis Sofia. Mohammad Hafey

    Blog Archive

    • ►  2013 (1)
      • ►  June (1)
    • ►  2012 (8)
      • ►  March (8)
    • ▼  2011 (6)
      • ▼  September (2)
        • TIP PENJAGAAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP)
        • PETUA MEMBINA RUMAH TANGGA BAHAGIA
      • ►  June (4)
        • HARI KELUARGA PKMY 2011 @ ROYAL PUTERI BEACH RESOR...
        • HARI KELUARGA PKMY 2011
        • SELAMAT TAHUN BARU 2011
        • TAHUN 2010:TEKAD PERKUKUHKAN INSTITUSI PKMY

    About Me

    pkmy11
    View my complete profile

    Followers

    pkmy2011. Travel theme. Theme images by Nikada. Powered by Blogger.